PROUD AND LOVED WITH OUR FOOTBALL HERITAGE

PROUD AND LOVED WITH OUR FOOTBALL HERITAGE

Sunday 7 September 2014

Sukan Asia 1962 Jakarta

Sukan Asia 1962 diadakan di Jakarta pada 24 Ogos sehingga 4 September 1962. Acara bola sepak pula diadakan pada 25 Ogos sehingga 4 September 1962. Pada kejohanan ini Malaya berada dalam Kumpulan A bersama Indonesia, Vietnam Selatan dan Filipina. Manakala Kumpulan B terdiri daripada pasukan negara Thailand, Jepun, India dan Korea Selatan. Pemain pasukan Malaya terdiri daripada Sexton Lourdes, Tunku Ismail, Yee Seng Choy, Ahmad Nazari, Foo Fook Choon, Abdullah Nordin, Kamaruddin Ahmad, Edwin Dutton, Boey Chong Liam, Roslan Buang, I.J. Singh, Stanley gabrielle, Abdul Ghani Minhat, Rober Choe, Mahat Ambu, Arthur Koh, M. Govindarajoo, Richard Choe dan Ibrahim Mydin  

Pasukan Malaya dan para pegawai Football Association of Malaya 1962

Logo Sukan Asia 1962

Pada pusingan pertama peringkat kumpulan, pasukan Malaya mengalahkan Filipina 15-1. Pusingan kedua, Malaya mengalahkan Indonesia 3-2, tetapi pada pusingan ketiga, Malaya kalah kepada Vietnam Selatan 3-0. Malaya layak ke pusingan separuh akhir dan kalah kepada Korea Selatan 2-1 semasa masa tambahan. Dalam perebutan pingat gangsa, Malaya telah mengalahkan Vietnam Selatan 4-1 dan memenangi pingat gangsa. Korea Selatan memenangi pingat perak dan India memenangi pingat emas. Ini adalah kali terakhir Malaya memenangi pingat dalam acara bola sepak di Sukan Asia sebelum dikenali sebagai Malaysia pada tahun 1963.

  Pingat gangsa acara bola sepak yang dimenangi oleh Malaya di Sukan Asia 1962

Saturday 6 September 2014

The First King's Cup Thailand 1968

     King's Cup was a well know international football tournament in Thailand and was participated by six countries such as Thailand, Laos, Indonesia, Burma, Singapore and Malaysia. For the first time, it was held on 20 November - 2 December 1968 in Bangkok, Thailand. Malaysia was in Group 1, the same group with Thailand and Laos. Burma, Indonesia and Singapore were in Group 2.

     On the first game, Malaysia won against Laos with the scores of 5-0. But, in the second game, Malaysia lost to Thailand 0-3. Then, Malaysia qualified to semi-final game but lost to Indonesia 1-6. After that, Malaysia went into a match against Thailand for the third and fourth place determination. Unfortunately, Malaysia lost to Thailand 0-6 and gained the fourth place in this tournament. Indonesia became a champion for this tournament after won against Burma 1-0. Choo Seng Quee was a Malaysian team coach and Abdullah Nordin was a Malaysian team captain for this tournament.


Malaysia team.

Malaysia team official necktie worn during this tournament.

Malaysia team worn the official necktie.


Participant medal for this tournament. From front written the tournament name.

Participant medal for this tournament. From back written the place and year of this tournament being held.

First King's Cup Thailand 1968 commemorative ribbon pin badge given to participant.

First King's Cup Thailand 1968 commemorative pin badge given to participant.

*Reminder: Anyone who wants to contribute their sources/artifacts to be review in this blog, do not hesitate to contact Aizusan the curator at this e-mail address: faiz_mapy07@yahoo.com

Tuesday 2 September 2014

Ronda Festival Vintaj Kuala Lumpur 2014

Pada hari Isnin, 1 September 2014 lalu, beberapa rakan otai KJK telah mengadakan lawatan mengejut ke booth teman KJK Sahrin Rain dan Eir Buragas Blues untuk sokongan moral. Kehadiran krew KJK yang tidak dirancang ini ke Festival Vintage Kuala Lumpur 2014, di Stadium Merdeka juga telah diabadikan dengan sesi foto bersama tuan empunya booth, kelibat otai KJK yang hadir adalah King Kheiriel, Che Din, Mohd Faiz dan Azreen Kamarudin.

Foto : Saudara Shahrin Rain, yang berkaca mata hitam disebelah kiri gambar. Bro Eir Buragas Blues pula yang paling bergaya dengan topi baretanya.

Sahrin Rain dan Eir Buragas Blues, wira pengumpul JC dari Sabah, untuk mengenalinya lebih mendalam lagi, requested sahaja add di FB. Teman juga berkesempatan membelek beberapa koleksi JC Sabah milik Sahrin Rain, satu darinya memang khazanah yang amat sukar untuk dilepaskan. Belek habis, sesungguhnya memang rare.

Foto: King dengan JC Malaysia 1993, versi King's Cup Thailand, agaknya. Maafkan saya.
Buat anda berdua, Terimakaseh, Jika diberi kesempatan, di lain hari teman akan review pula jc masterpieces dari Sabah.

Kredit gambar:  Mohad Faiz, Che Din dan Sahrin Rain

Banyak Ilmu, Bijak Berbelanja Part 1

Terlebih dahulu, maaf jika teknik penulisan teman memang banyak cacat-celanya.
Posted pertama dari teman buat blog Kelab Jersi Kita adalah "Banyak Ilmu, Bijak Berbelanja Part 1". Kenapa ada Part 1, sebabnya coretan ini lebih kepada pandangan peribadi teman, mana tahu jika ada komen dan brainstorming untuk tajuk ini dari follower KJK, insyaallah semuanya akan disimpul pada page mendatang dengan "Banyak Ilmu, Bijak Berbelanja Part 11" .

Kenapa teman mula dengan tajuk ni, sejak beberapa tahun ni minat ahli collector Jersi tempatan dah mula boom macam bunga-api, percikan nyalaan api bukan aje dari teman-teman lejen malah newbie lagi jauh percikan dia. Minat tegar collector ini pula ada yang pelbagai reason, pastinya tidak perlu teman nak huraikan. Persoalannya adakah kita tahu serba-sedikit JC yang ada atau ingin di miliki. Tak boleh diragui kalau lejen-lejen KJK teman kenali, tanye aje dah macam google.
Untuk newbie pula bagaimana ? (maaf ye jangan tersinggung ). Keep on.
Ok cuba take note isu ini.

Melihatkan banyaknya jersi liga tempatan kini berada dipasaran kebelangkangan ini.
Teman nak direct isu jersi yang di klasifikasikan vintage, era 80s, 90s dan awal, pertengahan millenium tak kira le repro, diy atau MW. Adakah JC yang anda jual/bakal miliki itu tepat, hampir tepat, hampir-hampir atau jauh sekali dari spec untuk diniaga dan dibelanjakan sebagai koleksi.

Sebagai Contoh
Isu salah spec JC, juga bukan asing, malah merata dunia. Untuk contoh gambaran, Teman bawa isu JC pasukan Argentina versi Piala Dunia 1966 yang pernah dijual dalam satu lelongan.
Mengapa JC Argentina?. Untuk bersifat neutral, ada tersinggung pulak kalau jersi.......
Dalam lelongan menyatakan Silvio Marzolini memakai JC ini ketika menentang Germany di Villa Park pada 16 July 1966. Hakikatnya jika di rujuk gambar perlawanan (dibawah), cuba perhatikan pada tanda marker yang telah teman lakarkan, baca nota untuk perbandingan. JC Argentina versi 1966, dengan jenama Sportlandia, hanya dipakai untuk kejohanan ini. Manakala versi pre-qualify dan selepasnya, dengan label Industria Lanus.(sumber rujukan dari teman-teman di Argentina).

Kesimpulannya, banyak manfaat jika anda meluangkan sedikit waktu untuk mengumpul sumber jika ingin berbelanja agar anda bertambah yakin dalam pembelian. Untuk seller pula biarlah ada intergriti dalam perniagaan.

Feedback dan komen dari anda juga amat teman hargai, sama ada diruang komen blog ini ataupun facebook.